Tuesday, May 11, 2010
BENCI..........
Perkataan BENCI selalu kita dengar apabila kita marah atau sudah tidak ambil endah tentang seseorang itu,haruskah kita terus membenci atau benci akan berubah ?Harus kta ambil kisah tentang sebab kita membenci orang itu,adakah wajar kita membencinya selamanya atau untuk sementara waktu sahaja?
Aku tidak pernah membenci seseorang untuk selamanya walau apa yang mereka telah atau pernah lakukan kepada diriku,mungkin aku seorang yang pemaaf kerana aku sedar,kita hanya manusia biasa dan kita belajar dari kesilapan kita itu.
Jauh itu ada jarak yang terpisah...
Jauh itu ada ruang yang memisah...
Jauh itu dua insan yang terpisah...
Jauh itu dua hati yang dipisah...
Namun jauh itu ada rindu yang tak sudah..."
"Ku benci pada siapa saja yang bertakhta di hatimu selain diriku...
Benci juga pada diri sendiri kerana berkeadaan begini
kerana jiwaku telah terlalu menyangi dirimu...
Dan aku benci pada jarak ini yang telah menimbulkan
kerinduan..."
"Tiada siapa yang tahu isi hatiku...
Dan tak akan ada yang tahu ...
Hanya TUHAN tahu isi hatiku
tapi sayang seribu kali sayang...
kau hanya tahu di kulitnya saja bukan di dalam..."
Kadang kala hidup ini,terlalu sukar untuk kita memahami tujuan dan erti penghidupan itu sendiri,sekarang baru aku mengerti mengapa mereka berkata,hidup ini cuma pinjaman semata mata,hidup ini tak akan indah dan senang selama lama,
walaupun kita bertukar tukar pasangan,kita bersuka ria dan berfoya foya...cuba tanya dengan diri kita adakah ini kebahagian? adakah ini yang kita pinta dan ada ini cara hidup yang kita idam-idamkan?
Mabuk,pergi disko,ramai kawan kawan yang ketawa dan gembira bersama....akhirnya,bila kita pulang kerumah dan bersendirian,kita akan terasa kesunyian dan ingin mengharapkan kasih sayang yang sejati..
Benci keterlaluan kadang kala akan menjadi sayang dan ini telah terbukti dalam kehidupan seharian manusia, Benci yang berlanjutan juga akan memudaratkan kita dalam masa akan datang,Benci yang kita ada selama ini akan membuat kita sedih dan bukan marah terhadap orang itu jika hidupnya lebih selesa dari pada kita...
Akhir kata
Sakitnya hati ini
Namun aku rindu
Bencinya hati ini
Tapi aku rindu
BENCI TAK AKAN MEMBUAT KITA KAYA DAN LEBIH CANTIK !.....JADI "PLEASE EH LAST WARNING" JANGAN NAK BENCI BENCI...SAYANG MANUSIA,BINATANG,POKOK-POKOK ....KERANA HANYA DENGAN SIFAT SAYANG,KITA AKAN TERSENYUM SELALU DAN GEMBIRA...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment