Friday, May 14, 2010

Keinsafan dan Keampunan.....




Forgiving is love's toughest work, and love's biggest risk. If you twist it into something it was never meant to be, it can make you a doormat or an insufferable manipulator. Forgiving seems almost unnatural. Our sense of fairness tells us people should pay for the wrong they do. But forgiving is love's power to break nature's rule

Kata -Kata yang aku dapat dari sebuah buku yang aku baca( MCM PAHAM JE BACA BUKU)
Manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan dan kesalahan,walau kesalahan itu kecil sekalipun ianya tetap salah dan tidak harus dilakukan kepada sesiapa sekalipun,I made mistakes im just a man.
Kadang kala kita terdesak dan membuat kesilapan itu untuk menutup sesuatu kesalahan,ada juga kerana kita tidak ingin bertengkar,kita menipu dan ia juga satu kesilapan.

Dalam hidup aku ,banyak kesilapan yang kecil mahupun yang besar telah aku lakukan pada orang lain.Aku juga pernah melakukan kesilapan terhadap bekas isteriku apabila aku menjatuhkan Talak didepan mahkamah( padahal aku telah berjanji pada ayah dan ibunya aku tidak akan menjatuhkan TALAK sedang aku diijabkabulkan)

Selapas beberapa tahun,aku selalu terfikir tentang kesilapa yang aku lakukan dan cuba menjernihkan air yang kotor,aku cuba merendah diri dan meminta keampunan atas segala kesilapan aku,ternyata ada yang tidak ingin memaafkan kesilapan yang aku lakukan,ada juga yang telah mengampunkan kesilapan itu dan mereka menerima aku kembali...tetapi,layanan dan cara mereka melayan aku,jauh beza dari dulu.Aku terima hakikatnya yang aku pernah membuat kesilapan kepada mereka dan aku harus berterima kasih jika mereka sudi memaafkan diri ini,aku tidak seharusnya meminta mereka melayan aku seperti dulu dan aku harus sedar bahawa,aku bukan lagi memiliki diri mereka yang pernah aku lukai..

Masa menentukan segalanya dan masa juga dapat mengubat luka ,masa adalah satu-satunya perkara yang aku perlukan untuk memberitahu yang aku ini ikhlas untuk menebus dosa dosa silam...

Ya ALLAH, Berikan aku kekuatan untuk aku menjalani hidup ini seharian,berikan aku petunjuk untuk mengubah cara hidupku dan pemikiranku ini,berikan aku waktu untuk membuktikan segalanya...

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Lagu SUATU MASA dari M.Nasir

No comments: