Tuesday, January 22, 2008

MATI HIDUP SEMULA


...................Mati Hidup Semula..........



Tak sudi memandang,tidak mengapa
Kerana ku mengerti,aku insan hina
Tapi dengar apa ku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu ku hidup,kurasakan mati
Mata terbuka,tapi tak berhati
Kini ku rasa dihidupkan kembali
Walau peritnya setengah mati

Baru ku kenal bulan dan bintang
Betapa indah dunia dipandang
Baru ku kenal ibu,ayah adik,abang
Kerana dulu fikiran melayang

Jalan nak ku tempuh,masih panjang
Akan ku sambung hari mendatang
Kepada ku berilah perangsang
Agar kejayaan dapat ku julang

Manusia sepertiku usah kau hina
Kelak menambah sakit di dada
kuberserah padamu yng esa
Setelah mati...ku hidup semula...

No comments: